Monday, August 10, 2009

WABAK H1N1

Isu H1N1 makin hari makin serius nampaknya....

Perkembangan mutakhir Selsema Babi @ Influenza A [H1N1] menunjukkan keadaan yg amat membimbangkan dgn jumlah kematian yg semakin meningkat saban hari. Sehingga jam 8.00 pagi semalam [Isnin, 10 Ogos 2009] 32 kematian telah dicatatkan.
Kebimbangan wabak maut ini lebih ketara apabila peningkatannya disebabkan oleh jangkitan tempatan dan bukan lagi import. Lapan kematian dlm sehari spti yg dicatatkan kelmarin adalah sesuatu yg menakutkan. Tidak pernah berlaku keadaan seumpama ini ketika wabak JE, SARS dan sbgnya sebelum ini.

Pihak berkuasa seolah2 hilang kawalan. Tidak tahu apa lagi yg perlu dilakukan dan di mana hendak bermula. Walaupun pihak berkuasa mengambil pelbagai langkah mengikut prosedur kesihatan antarabangsa sejak wabak ini dikesan di negara ini, namun keadaanya semakin teruk. Sehubungan itu, kerajaan perlu bersikap telus kepada rakyat mengenai keadaan sebenar wabak ini dan membuat hebahan dari semasa ke semasa mengenainya.

RENUNGAN : Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman r.a katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Tidak ada penularan," kemudian ditambahkannya pula, "Jangan mendekatkan yg sakit kepada yg sihat," - Hadis riwayat Muslim

No comments:

Post a Comment