Wednesday, August 12, 2009

Perkembangan Semasa H1N1

Perkembangan semasa H1N1 setakat semalam Selasa,11 OGOS 2009, sejumlah 270 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 6 kes kematian telah dilaporkan. Kesemuanya adalah kes tempatan yg terdiri drpd warganegara Malaysia. Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia adalah sebanyak 2,253 kes dgn jumlah kematian 38 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 48 orang pesakit sedang dirawat di hospital dan 11 lagi dirawat di ICU. Drpd 11 kes yg berada di Unit Rawatan Rapi, 4 drpd mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (2), obesiti (1) dan post -delivery (1).

Oleh itu, setiap orang perlulah sentiasa mengambil langkah berjaga2 bg menangani wabak ini dari terus merebak dan sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil langkah2 berikut:

1.Bagi mereka yg mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1)
• Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun
• Warga tua berusia 65 tahun ke atas
• Kanak2 dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yg mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang
• Wanita hamil
• Orang dewasa dan kanak2 yg mempunyai penyakit sampingan yg lain seperti asma, penyakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovaskular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf, dan gangguan metabolik seperti diabetes.
• Orang dewasa dan kanak2 yg mempunyai daya ketahanan badan yg rendah (termasuk akibat ubat2an tertentu, pesakit kanser, dan HIV)
• Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yg ln
• Individu yg mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)] diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

2.Bagi mereka yg mempunyai simptom yg ringan diminta untuk mendapatkan rawatan simptomatik. Mereka juga dinasihatkan untuk berada di rumah dan membatas pergaulan serta aktiviti di luar. Kebersihan diri dan etika batuk perlu sentiasa diamalkan. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.

3.Berikan perhatian kepada tanda2 amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yg berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit2 yg kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda2 tersebut.

4.Orang ramai diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah2 pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.

5.Penutupan sesebuah sekolah atau institusi bergantung kepada penilaian risiko yg dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi.

6.Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes2 yg dimasukkan ke hospital sahaja.

Marilah kita sama2 mencegah wabak H1N1 ini dari terus menular, bak kata pepatah "mencegah lebih baik drpd mengubati"

No comments:

Post a Comment