Wednesday, September 9, 2009

Lama Tak Update

Lamanya shazz tak update blog ni..nak kata bizy xlaa bizy pun cuma tak berkesempatan nak update blog yg satu nie...shazz baru balik dari kursus sbnrnya, kursus sepatutnya 1 day tapi dipercepatkan jadi halfday jee...maklumlaa bulan2 pose ni smua org xder mood nak berkursus, semua peserta minta wat dipercepatkan slot.

Hari ni dah masuk 20 Ramadhan, cepat betul masa berlalu lg 10 ari umat islam nak menyambut Hari Raya Aidilfitri dah. Cam mn ngan persiapan Aidilfitri kawan2.....baju, seluar raya dah beli ker lum.....

Pe2 pun Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin semoga kita semua dipermudahkan dalam segala urusan sehari2an, moga2 dimurahkan rezeki dan dipanjang umur untuk bertemu Ramadhan dan Aidilfitri akan datang.......
Insyaallah....

Salam Ramadhan........

Wednesday, August 12, 2009

Perkembangan Semasa H1N1

Perkembangan semasa H1N1 setakat semalam Selasa,11 OGOS 2009, sejumlah 270 kes baru influenza A(H1N1) termasuk 6 kes kematian telah dilaporkan. Kesemuanya adalah kes tempatan yg terdiri drpd warganegara Malaysia. Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia adalah sebanyak 2,253 kes dgn jumlah kematian 38 orang.

Untuk makluman, pada masa ini terdapat seramai 48 orang pesakit sedang dirawat di hospital dan 11 lagi dirawat di ICU. Drpd 11 kes yg berada di Unit Rawatan Rapi, 4 drpd mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (2), obesiti (1) dan post -delivery (1).

Oleh itu, setiap orang perlulah sentiasa mengambil langkah berjaga2 bg menangani wabak ini dari terus merebak dan sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil langkah2 berikut:

1.Bagi mereka yg mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1)
• Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun
• Warga tua berusia 65 tahun ke atas
• Kanak2 dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yg mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang
• Wanita hamil
• Orang dewasa dan kanak2 yg mempunyai penyakit sampingan yg lain seperti asma, penyakit paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovaskular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf, dan gangguan metabolik seperti diabetes.
• Orang dewasa dan kanak2 yg mempunyai daya ketahanan badan yg rendah (termasuk akibat ubat2an tertentu, pesakit kanser, dan HIV)
• Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yg ln
• Individu yg mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)] diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

2.Bagi mereka yg mempunyai simptom yg ringan diminta untuk mendapatkan rawatan simptomatik. Mereka juga dinasihatkan untuk berada di rumah dan membatas pergaulan serta aktiviti di luar. Kebersihan diri dan etika batuk perlu sentiasa diamalkan. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung (mask) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.

3.Berikan perhatian kepada tanda2 amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yg berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit2 yg kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda2 tersebut.

4.Orang ramai diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah2 pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.

5.Penutupan sesebuah sekolah atau institusi bergantung kepada penilaian risiko yg dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi.

6.Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes2 yg dimasukkan ke hospital sahaja.

Marilah kita sama2 mencegah wabak H1N1 ini dari terus menular, bak kata pepatah "mencegah lebih baik drpd mengubati"

Monday, August 10, 2009

WABAK H1N1

Isu H1N1 makin hari makin serius nampaknya....

Perkembangan mutakhir Selsema Babi @ Influenza A [H1N1] menunjukkan keadaan yg amat membimbangkan dgn jumlah kematian yg semakin meningkat saban hari. Sehingga jam 8.00 pagi semalam [Isnin, 10 Ogos 2009] 32 kematian telah dicatatkan.
Kebimbangan wabak maut ini lebih ketara apabila peningkatannya disebabkan oleh jangkitan tempatan dan bukan lagi import. Lapan kematian dlm sehari spti yg dicatatkan kelmarin adalah sesuatu yg menakutkan. Tidak pernah berlaku keadaan seumpama ini ketika wabak JE, SARS dan sbgnya sebelum ini.

Pihak berkuasa seolah2 hilang kawalan. Tidak tahu apa lagi yg perlu dilakukan dan di mana hendak bermula. Walaupun pihak berkuasa mengambil pelbagai langkah mengikut prosedur kesihatan antarabangsa sejak wabak ini dikesan di negara ini, namun keadaanya semakin teruk. Sehubungan itu, kerajaan perlu bersikap telus kepada rakyat mengenai keadaan sebenar wabak ini dan membuat hebahan dari semasa ke semasa mengenainya.

RENUNGAN : Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman r.a katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Tidak ada penularan," kemudian ditambahkannya pula, "Jangan mendekatkan yg sakit kepada yg sihat," - Hadis riwayat Muslim

Sunday, August 9, 2009

Penularan Wabak H1N1

Sehingga semalam [9 OGOS 2009] 27 orang telah disahkan meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1)...Bilakan penularan wabak ini akan berakhir....kebanyakan kes kematian banyak melibatkan kumpulan yg berisiko tinggi [asma,jantung,paru2,phenomia[ekh betul ke sebutan ni], wanita hamil,org tua [warga emas],kanak2 dan seangkatannya.

Cam manakah cara yg berkesan nak menangani wabak ini dari terus menular....

Friday, August 7, 2009

Kehidupan adalah suatu perjuangan

Kehidupan ini adalah suatu perjuangan hidup yg belum pasti...

testing first

hai kawan2..
salam perkenalan dari shazz...shazz baru nak menjinak2an diri menulis blog...dah lama berhajat/berminat nak mencreate blog nie sebenarnya tapi asyik tertangguh2 jee...al-maklumla xpandai pun nak berblog sebenarnya....sblum nie pun shazz dah ada blog sendiri tp dah lama terbengkalai/tergendala tp akhirnya shazz mencuba jugak kali nie...
insyaallah shazz cuba buat yg terbaik kali ni.....